Sumber tidak boleh diperbaharui
Sumber tidak boleh diperbaharui

Sumber tidak boleh diperbaharui

Sumber tidak boleh diperbaharui (juga dipanggil sumber terhingga) ialah sumber semula jadi yang tidak boleh diganti dengan mudah oleh sumber semula jadi pada kadar yang cukup pantas untuk mengikuti penggunaan [1]. Contohnya bahan api fosil berasaskan karbon. Jirim organik asal, dengan bantuan haba dan tekanan, menjadi bahan api seperti minyak atau gas. Mineral Bumi dan bijih logam, bahan api fosil (arang batu, petroleum, gas asli) dan air tanah di akuifer tertentu semua dianggap sumber tidak boleh diperbaharui, walaupun element individu selalu dipulihara (kecuali dalam tindak balas nukleus).Sebaliknya, sumber seperti balak (apabila dituai dengan mapan) dan angin (digunakan untuk membekalkan kuasa kepada sistem penukaran tenaga) dianggap sumber boleh diperbaharui, kebanyakannya kerana penambahan tempatannya boleh berlaku dalam rangka masa bermakna untuk manusia juga.